Mbappe bakal terima pakej lebih murah

Mbappe bakal terima pakej lebih murah

Mbappe bakal terima pakej lebih murah
MBAPPE (tengah) berjaya meledak hatrik membantu PSG membelasah US Revel 9-0 pada pusingan pertama Piala Perancis awal pagi semalam. – AFP

MADRID – Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe dijangka menyertai gergasi La Liga, Real Madrid pada jendela perpindahan musim panas nanti selepas dilaporkan sudah mencapai kata sepakat dengan juara Eropah 14 kali itu.

Usaha Los Blancos untuk mendapatkan pe­main idaman itu bakal menjadi kenya­taan selepas percubaan mereka dalam dua jendela perpindahan sebelum ini menemui kegagalan.

Situasi Mbappe yang bebas melakukan rundi­ngan dengan mana-mana kelab bermula bulan ini turut membantu usaha Real membawa bintang Perancis itu ke Santiago Bernabeu.



Bagaimanapun, pakej kewangan yang ditawarkan kepada Mbappe dikatakan jauh lebih rendah berbanding tawaran dikemukakan Real kepada bekas pemain AS Monaco itu ketika rundi­ngan awal tahun lalu.

Sebaik sahaja Mbappe di­khabarkan bakal menyertai Real, Liverpool antara pasukan yang ‘berputih mata’ memandangkan The Reds juga pernah menyatakan hasrat mendapatkan ­khidmatnya bagi bersaing de­ngan Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PPBM Di Pinggirkan Dalam Langkah Dubai




Tahun lalu, Real sudah hampir mendapatkan Mbappe pada jendela perpindahan musim panas, namun dia mengambil keputusan untuk kekal di Parc des Princes sehingga kontraknya tamat penghujung musim ini.

Kepulangan semula ibu ­Mbap­pe, Fayza Lamari sebagai ejen yang menguruskan karier­nya menjadi antara faktor utama dalam memastikan ‘saga’ perpindahan itu menemui titik noktah. – AGENSI

Mbappe bakal terima pakej lebih murah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Kesian Sanusi, Ketandusan Perhatian Rupanya


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading