Istiadat Berbedak Putera Mateen, Dayang Anisha

Istiadat Berbedak Putera Mateen, Dayang Anisha

Istiadat Berbedak Putera Mateen, Dayang Anisha
TANGKAP layar video Radio Televisyen Brunei menunjukkan Pengiran Muda Abdul Mateen ketika istiadat berbedak

Bandar Seri Begawan: Majlis Istiadat Berbedak anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan pasangannya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah, berlangsung di Istana Nurul Iman di sini, pada Rabu.

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta Pengiran Anak Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah antara keluarga diraja terawal yang memulakan istiadat berbedak itu.

Majlis itu hanya dihadiri keluarga terdekat dan diadakan secara berasingan.



Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu berlangsung selama 10 hari, dan dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja, pada 7 Januari lalu.

Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pada hari ini (11 Januari), manakala acara kemuncak iaitu Majlis Bersanding Pengantin Diraja dijadualkan berlangsung di Istana Nurul Iman, pada 14 Januari.

Majlis Persantapan Diraja pula akan diadakan pada 15 Januari diikuti Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 16 Januari.

Untuk rekod, Mateen, 32, ialah anakanda kepada Sultan Hassanal Bolkiah bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.



Pasangannya pula ialah cucu penasihat khas kepada Sultan Brunei, Pehin Datuk Isa.

Istiadat Berbedak Putera Mateen, Dayang Anisha

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Langkah Merbok Kesinambungan Kepada Langkah Dubai



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading