Generasi baharu BN komited pada integriti

Sungai Buloh: Generasi baharu pemimpin Barisan Nasional (BN) komited kepada tadbir urus yang baik, berintegriti dan menolak pelakuan rasuah.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, berkata untuk maju ke hadapan, BN memerlukan pemimpin yang bersih dan tidak terpalit rasuah.

“Kita perlukan ahli politik yang mahu bekerja , menunjukkan keazaman tinggi untuk berkhidmat kepada rakyat, sekarang rakyat menyampah, sudah meluat dengan kerenah, tindak tanduk orang politik.



“Jadi kita (generasi baharu) kena buktikan mereka salah, generasi baharu BN sepatutnya bekerja dan tunjukkan keberanian.. berani bercakap benda yang betul dan benar, itu mesej jelas,” katanya dalam sesi santai secara langsung Kenali New Gen BN bersama KJ, di Facebook Khairy Jamaluddin hari ini.

Khairy yang bertindak sebagai moderator bertanyakan beberapa soalan kepada panel jemputan termasuk wajarkah generasi baharu kepimpinan BN komited kepada tadbir urus yang baik, berintegriti dan menolak rasuah.

Selain itu calon turut diajukan apakah harapan dan aspirasi mereka untuk rakyat dan negara pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Selain Shaiful Hazizy, panel jemputan lain adalah calon Parlimen Arau, Datuk Rozabil Abd Rahman atau Tok Ben, calon Parlimen Raub, Datuk Chong Sin Woon, calon Parlimen Kuala Langat, Datuk M Mohana, calon Parlimen Alor Gajah, Shahril Hamdan, calon Parlimen Tebrau, Nicole Wong, calon Parlimen Padang Serai, Datuk C Selvaraj dan calon Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya.



Shahelmey pula menyuarakan pandangannya mengenai pertumbuhan ekonomi dan jurang perbezaan pembangunan antara Sabah dan Semenanjung selain Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Perlu pacu pembangunan dan ekonomi di Sabah agar menjadi satu rasa puas hati rakyat Sabah puas hati.

“Saya juga percaya BN boleh merealisasikan apa yang diperjuangkan rakyat Sabah termasuk menerusi MA63 yang mana Perdana Menteri turut komited untuk menyelesaikannya secara berperingkat perkara tertunggak,” katanya.

Sementara itu Khairy berkata, generasi muda dalam BN bukan hanya dirinya saja sebaliknya ramai lagi yang berkaliber dan berpotensi



‘Ini hanya sikit pilihan kecil saja, ramai lagi yang tidak sempat kita himpunkan pada hari ini.

“Mereka ada idea dan boleh menyampaikannya dengan baik, membuktikan semuanya bukan ‘yes man’ kepada ketua, apa yang tidak betul akan diberitahu tidak betul kerana kita membawa aspirasi rakyat Malaysia,” katanya.

METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading