Tiada Maklumat Tambahan, hanya baca kenyataan melalui media

Oleh – Syeikh Baran


Tiada maklumat tambahan, hanya baca kenyataan melalui media

Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri berkata, maklumat berkenaan derma itu hanya diketahui beliau melalui laporan media.



“Saya tidak ada maklumat tambahan mengenai perkara itu. Saya hanya membaca kenyataan Perdana Menteri melalui media,” katanya.

Presiden UMNO itu berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Pemukiman Hala Tuju Strategik Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Anwar dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah Istana Negara tidak akan terbabit dalam sebarang percaturan politik.

Anwar juga dipetik berkata, seandainya ada cadangan mana-mana pihak untuk menyampaikan derma sebanyak RM500 juta atau RM750 juta, ia hendaklah disalurkan terus kepada asnaf dan golongan miskin dalam negara.



Kenyataan Anwar itu mengundang gesaan pembangkang yang mahu beliau menjelaskan maksud di sebalik dakwaan derma berkenaan.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, dilaporkan berkata kenyataan Perdana Menteri tanpa memberi sebarang penjelasan lanjut berhubung derma itu telah menimbulkan keraguan.

Sumber – Berita Harian




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading