Hospital jadi ‘kubu’ untuk ahli politik elak dari siasatan?

Oleh – Bakhtiar Omar


Hospital jadi 'kubu' untuk ahli politik elak dari siasatan

Semacam kemestian bagi ahli politik menjadikan Hospital sebagai ‘kubu’ mereka setiap kali mengelak dari siasatan pihak berkuasa.



Terbaru, sesi merakam keterangan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin ditangguhkan kerana beliau dimasukkan ke Hospital.

Hospital jadi 'kubu' untuk ahli politik elak dari siasatan?

Daim disiasat SPRM berkaitan pendedahan dan maklumat dari ‘Kertas Pandora’. Selain beliau, dua anaknya, Muhammad Amin Zainuddin Daim dan Muhammad Amir Zainuddin Daim serta isteri,  Toh Puan Nai’mah Abdul Khalid turut dirakamkan keterangan oleh SPRM.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menetapkan tarikh baharu untuk merakam keterangan Tun Daim Zainuddin selepas bekas Menteri Kewangan itu dimasukkan ke hospital. – Laporan -15/1/2024



Bagi ahli politik, Hospital merupakan langkah jangka pendek mereka bagi merangka strategi atau menyediakan jawapan bagi sebarang siasatan.

Bukan setakat itu sahaja, malah cuti sakit juga digunakan sebagai alasan untuk mengelak dari disoal siasat di Mahkamah. Sebagai contoh, bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Aziz yang mendapat ‘cuti sakit’ hampir setahun bagi mengelak dari memberi keterangan di Mahkamah.

Berapa lama lagi Zeti dapat ‘cuti sakit’

Mahathir juga pernah menggunakan taktik ‘Hospital’ bagi mengelak dari siasatan dan mengelak dari menjawap persoalan yang timbul ketika itu.



Mengapa taktikal ini sering menjadi sebahagian dari perancangan ahli politik?

Mereka di’wajib’kan ziarah setiap kali Mahathir masuk IJN

Jawapan mudah dan logik yang boleh disenaraikan ialah, mereka mahu ruang tanpa gangguan bagi bertemu samada penasihat atau peguam. Selain itu, sebarang urusan keluar masuk individu lain semasa melawat tidak dipantau mana-mana pihak.

Hospital jadi 'kubu' untuk ahli politik elak dari siasatan



Ini membolehkan arahan tertentu diberikan tanpa sebarang kebocoran maklumat kepada pihak lain. Banyak perancangan boleh dilaksanakan selagi ahli politik berada di Hospital sebagai pesakit dan banyak urusan pihak berwajib terpaksa ditangguhkan bagi memberi laluan untuk rawatan dijalankan.

Dalam kes Daim, kita tunggu dan lihat berapa lama beliau akan ‘dicutikan’ bagi menerima rawatan dan sesi rakaman akan ditangguhkan.

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading