Salah guna kuasa, Pengurus direman

Oleh – Syeikh Baran


Salah guna kuasa, Pengurus direman

Pengurus besar lembaga pertubuhan di Terengganu direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa bagi pembelian pukat dan racun serangga.



Lelaki berusia 50-an itu didakwa menyalahgunakan kuasa dengan meluluskan tuntutan bayaran bagi pembelian pukat dan racun serangga, iaitu beliau mempunyai kepentingan dalam urusan berkenaan.

Suspek disyaki menggunakan isterinya dengan mengemuka invois syarikat yang palsu dan melakukan perbuatan itu sejak 2018.

Terdahulu, perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Majistret Yuhanis Mohd Roslan.

Penahanan itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.



Suspek ditahan di pejabatnya di Terengganu kira-kira jam 12.05 tengah hari semalam.

Sumber – Berita Harian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button