Ibu dakwa bayi digigit hingga berdarah, anak lelaki dilempang di rumah pengasuh

Ibu dakwa bayi digigit hingga berdarah, anak lelaki dilempang di rumah pengasuh

Ibu dakwa bayi digigit hingga berdarah, anak lelaki dilempang di rumah pengasuh
Seorang bayi lelaki berusia enam bulan mengalami kesan gigitan di badan, manakala abangnya mempunyai kesan berbirat di muka dipercayai dilempang pada hari pertama mereka dihantar ke rumah pengasuh. – Foto tular

KLUANG: Seorang bayi lelaki berusia enam bulan mengalami kesan gigitan di badan, manakala abangnya pula mempunyai kesan berbirat di muka dipercayai dilempang pada hari pertama mereka dihantar ke rumah pengasuh.

Ibu mangsa, Nurhidayah Jamil berusia, 32, mendakwa, kedua-dua anaknya itu mengalami kecederaan berkenaan ketika di bawah jagaan pengasuh di sebuah rumah taman di daerah ini.

Beliau berkata, bayinya kini ditahan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom untuk rawatan susulan, manakala abangnya masih trauma dan berada di rumah.



“Hari pertama di rumah pengasuh berakhir dengan tragedi yang perit bagi anak-anak. Baby Luth yang baru berusia enam bulan mempunyai kesan lapan gigitan sehingga terkoyak kulit dan berdarah.

“Abang Nuh pula ada kesan lempang berbirat di muka. Sampai sekarang Abang Nuh masih trauma sampai demam, dia sendiri saksi nampak adik dia kena gigit. Doakan Luth dan Nuh cepat sembuh luka, demam dan trauma,” katanya dalam status yang di muat naik di Facebook semalam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Takiyuddin Dedahkan Sikap Sebenar Pemimpin PAS




Nurhidayah berkata, laporan polis sudah dibuat dan dia memohon doa supaya semuanya dipermudahkan dan anaknya cepat sembuh.

“Untuk makluman semua, siasatan sedang dijalankan dan saya serahkan semuanya kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata suspek wanita berusia 20-an direman selama empat hari sehingga Khamis untuk siasatan.

“Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian seorang bayi lelaki berusia enam bulan yang cedera disyaki digigit oleh anak pengasuh seperti yang tular di media sosial.



“Laporan polis sudah dibuat oleh ibu bayi itu jam 5.30 petang Rabu lalu. Laporan dibuat mengenai kes anaknya berusia enam bulan mempunyai kesan gigitan di badan disyaki digigit oleh anak pengasuh berusia tiga tahun.

“Hasil siasatan, pengasuh adalah seorang wanita tempatan berusia 20-an dan akan dirakam percakapan pada Isnin bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” katanya.

Ibu dakwa bayi digigit hingga berdarah, anak lelaki dilempang di rumah pengasuh

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apa sudahnya kisah Rohana dan wang 1MDB?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button