Suami isteri dihukum penjara kes amang seksual remaja OKU lembam, simpan video lucah

Suami isteri dihukum penjara kes amang seksual remaja OKU lembam, simpan video lucah

Suami isteri dihukum penjara kes amang seksual remaja OKU lembam, simpan video lucah
Pasangan suami isteri dihukum penjara oleh Mahkamah Sesyen di Klang, hari ini. – NSTP/FAIZ ANUAR

KLANG: Seorang lelaki dihukum penjara berjumlah lapan tahun, manakala isterinya pula tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) lembam berusia 14 tahun yang mempunyai hubungan kekeluargaan, serta menyimpan video lucah pada tahun lalu.

Hakim Noridah Adam menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh lelaki berusia 33 tahun dan isterinya berumur 36 tahun yang masing-masing mengekalkan pengakuan bersalah atas semua pertuduhan dihadapi.

Hari ini ditetapkan untuk pendengaran fakta kes dan jatuh hukum selepas kedua-dua tertuduh mengaku bersalah pada 8 Disember tahun lalu.



Pasangan itu masing-masing dihukum penjara lima tahun atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dengan memegang anggota badan mangsa bagi tujuan seksual.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017 yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Takiyuddin Dedahkan Sikap Sebenar Pemimpin PAS




Selain itu, mereka juga masing-masing dihukum penjara dua tahun atas pertuduhan secara bersama melakukan amang seksual bukan fizikal, iaitu menyebabkan mangsa memerhati perbuatan kedua-dua tertuduh yang bersifat seksual.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 15(d) AKSTK 2017 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Seterusnya, tertuduh lelaki juga dihukum penjara setahun atas pertuduhan menyimpan beberapa video lucah dalam telefon bimbit miliknya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.



Semua kesalahan berkenaan didakwa dilakukan di sebuah rumah di Kuala Langat pada 12 November dan 1 Disember tahun lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bila tarikh sebenar Perikatan Nasional akan bentuk kerajaan?


Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh hanya perlu menjalani pemenjaraan selama lima tahun selepas mahkamah memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh tangkapan pada 1 Disember tahun lalu.



Selain itu, mereka turut diarahkan menjalani perintah kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan pengawasan selama dua tahun selepas tamat tempoh hukuman.

Pada prosiding itu, kedua-dua tertuduh yang tiada diwakili peguam, merayu dikenakan hukuman ringan dan pemenjaraan dijalankan serentak.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul ‘Izzati Mohamad bagaimanapun memohon supaya pasangan suami isteri itu dikenakan hukuman berat dengan mengambil kira keseriusan jenayah seksual yang dilakukan terhadap seorang kanak-kanak.

“Saya memohon mahkamah mengambil kira kepentingan awam agar memberi pengajaran kepada tertuduh serta orang awam supaya tidak melakukan perbuatan keji,” katanya.



Berdasarkan fakta kes, pasangan suami isteri itu didakwa menghantar pesanan melalui aplikasi WhatsApp kepada mangsa supaya ke rumah mereka untuk melipat baju, jam 1.13 tengah hari 12 November lalu.

Mangsa yang hadir kemudian dikatakan telah diarah melipat baju di dalam bilik sebelum berlakunya amang seksual terbabit.

Suami isteri dihukum penjara kes amang seksual remaja OKU lembam, simpan video lucah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apa sudahnya kisah Rohana dan wang 1MDB?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button