Ketukan misteri kini melanda Perlis

Oleh – Syeikh Baran


Ketukan misteri kini melanda Perlis

Gangguan ketukan misteri kini berlaku di sekitar Batu Bertangkup, Chuping, di sini pula apabila penduduk di hampir 30 rumah mendakwa mereka mengalami gangguan berkenaan sekitar jam 2.20 pagi hingga 4.30 pagi, Jumaat lalu.



Gangguan ketukan misteri berlaku beberapa minit dan menimbulkan keresahan penduduk kerana ia baru kali pertama dilaporkan berlaku di kampung itu.

Seorang penduduk, Fatin Adilla Rosli, 31, berkata, kejadian ketukan misteri itu berlaku sekitar jam 2.30 pagi di kediamannya di kampung itu.

“Sebelum itu, saya baharu sahaja pulang dari Kuala Perlis bertemu dengan kawan dan sedang berehat sementara menunggu untuk mandi.

“Bapa pula sudah pun masuk tidur manakala ibu menemani saya berehat di ruang tamu. Ketika saya menguruskan keperluan ibu, tiba-tiba terdengar ketukan kuat di tingkap bilik saya sebanyak dua kali. Ia sekejap sahaja tidak sampai dua minit.

“Tidak mahu mengambil risiko dan takut untuk membuka tingkap, saya membiarkan sahaja kerana gangguan itu,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading