Seorang suspek ditahan berkaitan dua beradik hilang

 

Oleh Pena Merah

Seorang suspek ditahan berkaitan dua beradik hilang
Polis menahan seorang individu susulan kehilangan dua beradik lelaki dari perumahan Taman Bernam Jaya

Polis menahan seorang individu susulan kehilangan dua beradik lelaki dari perumahan Taman Bernam Jaya.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut.



Beliau berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu.

“Seorang sudah jumpa (anak sulung berusia 17 tahun) dan seorang lagi (usia 16 tahun) belum (dijumpai).

“Lain-lain masih dalam siasatan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan dua beradik lelaki dilaporkan hilang pada pagi 1 Januari lalu, selepas pulang dari solat subuh di surau.



Pada malam 11 Januari lalu, seorang daripadanya ditemukan dalam keadaan tidak bermaya di Stesen LRT Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Ibu mangsa yang berusia 39 tahun berkata anaknya yang mesra dengan panggilan Along, mendakwa beliau dan adiknya, dilarikan oleh individu yang tidak dikenali dan dikurung di sebuah motel di Jalan Petaling.

-Berita Harian-



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button