Suspek sorok telefon Bella

Oleh – Syeikh Baran


Suspek sorok telefon Bella
LOKASI didakwa tempat telefon bimbit Bella disorok salah seorang suspek. – Foto ihsan keluarga Bella

Telefon bimbit milik Mila Sharmila Samsusah, 36, atau Bella, wanita yang dikaitkan dengan penemuan rangka di rumah terbiar di Tongkang Pechah ditemui semula selepas pihak berkuasa menggeledah rumah seorang suspek.

Penemuan bukti itu melegakan keluarga Bella dan mereka bernasib baik kerana suspek tidak mengetahui kata laluan di telefon itu.



Menurut kakaknya, Norhisham, 36, telefon jenis iPhone itu cuba disorokkan oleh suspek mungkin untuk dijual bagi menghapuskan bukti.

“Tempat telefon Bella dijumpai dan disorok. Telefon itu tidak dlupuskan dan nasib menyebelahi kami sebab suspek tak tahu kata laluan Bella,” katanya di Facebook.

Norhisham yang lebih mesra dengan panggilan Ayu juga memberitahu, dia cuba bertanyakan rakan Bella sama ada mengetahui kata laluan telefon itu.

Katanya, rakan Bella memberitahu, adiknya tidak pernah mendedahkan atau berkongsi kata laluan kepada sesiapa pun.



Suspek sorok telefon Bella
Mila Sharmila atau Bella yang dilaporkan hilang sejak 14 Disember lalu.

“Tapi saya dan anak-anak memang tahu ‘password’. Kalau jumpa telefon dia, anak-anak saya buat main ‘games’, edit gambar. Allah sedihnya. Bella memang rapat dengan anak-anak saya.

“Dia seorang penyayang. Masa hari terakhir chat, dia memang minta nak jaga budak-budak sempena cuti sekolah ni,” tulisnya.

Bella dilaporkan hilang pada malam 14 Disember lalu dan penemuan rangka di sebuah rumah terbiar pada petang Jumaat lalu dipercayai merungkai penantian ahli keluarga.

Sumber – Berita Harian



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button