Suspek utama kes Bella akan didakwa

Oleh – Syeikh Baran


Suspek utama kes Bella akan didakwa

Suspek utama kes kehilangan ibu tunggal anak dua Mira Sharmila Samsusah, 32, atau Bella akan didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat, esok.



Perkembangan terbaharu itu dikongsikan Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat kepada media menerusi kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, suspek utama yang mempunyai kaitan dengan kehilangan Bella pada 14 Disember tahun lalu akan dituduh pada pukul 9 pagi esok mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Namun, ketika ditanya mengenai perkembangan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap rangka manusia yang ditemui di dalam sebuah rumah di Jalan Imam Jailani, Tongkang Pechah, Batu Pahat, Jumaat lalu, masih menjadi tanda tanya.

Terdahulu, pada 21 Januari lalu, teman lelaki Bella merupakan antara tiga suspek yang direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah mengesahkan penahanan reman terhadap kesemua tertuduh yang berusia 24 hingga 39 tahun itu.

Suspek utama kes Bella akan didakwa
LOKASI penemuan rangka manusia di dalam sebuah rumah terbiar di Jalan Imam Jailani, Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, Batu Pahat Jumaat lalu mempunyai kaitan dengan kes kehilangan Bella.

Katanya, mereka direman sehingga 27 Januari ini.

Kes kehilangan Bella mula menjadi perhatian apabila kakaknya, Norisham, 36, tampil membuat laporan polis selepas adiknya itu gagal dihubungi pada malam 14 Disember tahun lalu.

Norisham berkata, menerusi rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang diambil daripada jiran Bella menunjukkan wanita itu keluar dari rumah sebelum menaiki sebuah kereta berwarna putih disyaki teman lelakinya.



Namun selepas lebih sebulan pencarian Bella, Polis Johor berjaya menemui rangka manusia tidak sempurna di dalam sebuah rumah yang terbiar di Tongkang Pechah, Batu Pahat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes kehilangan Bella.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button