Tun M sahkan beri kenyataan kali ke-10 kepada polis

Oleh – Syeikh Baran


Tun M sahkan beri kenyataan kali ke-10 kepada polis
Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan telah memberi kenyataan kali ke-10 kepada pihak polis di Yayasan Kepimpinan Perdana petang ini.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, pihak polis telah mengajukan 19 soalan berhubung kenyataan yang dibuat mengenai masyarakat India di negara ini.



Menurutnya, jika pihak polis ingin mengambil keterangan, beliau akan memberi kerjasama penuh, namun perlu mengikut aturan undang-undang.

“Saya berhak menyatakan pendirian ataupun fahaman saya, tetapi perkara ini dikatakan salah.

“Jika mereka (polis) ingin mengambil kenyataan saya, itu memang hak polis. Saya tidak akan merungut.

“Ramai lagi orang yang membuat kenyataan berbaur rasis dan menyentuh isu 3R (agama, raja, kaum), namun tidak di soal siasat,” katanya dalam siaran langsung di Facebook pada Selasa.



Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan Dr Mahathir dalam satu temu bual eksklusif secara dalam talian dengan saluran TV satelit di India, mendakwa masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana masih ‘terikat’ dengan negara asal mereka.

Kenyataan Dr Mahathir itu dikritik beberapa pemimpin politik termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan aktivis di Malaysia.

Sumber – SINAR HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading