‘Bantu kami saksi kejadian, pemilik dashcam’

Oleh – Syeikh Baran


‘Bantu kami saksi kejadian, pemilik dashcam’
IBU mangsa, Jamaliah Dahlan, 58, menunjukkan gambar Nurhafizah yang kini koma dan dirawat di ICU HTJS, Seremban.

Ahli keluarga mangsa kemalangan jalan raya, Nurhafizah Razali, 21, memohon saksi kejadian yang berlaku di Kilometer 259 Lebuhraya Utara Selatan (Arah Selatan) berhampiran susur masuk ke Tol Port Dickson di sini itu untuk tampil membantu siasatan.

Kakak mangsa, Nurain Razali, 36, berkata, dia juga memohon bantuan sekiranya terdapat mana-mana pengguna kenderaan yang mempunyai video rakaman daripada kamera papan pemuka (dashcam) berkaitan kemalangan tersebut.



Menurutnya, Nurhafizah kini masih koma dan telah empat hari ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) di sini.

Katanya, kemalangan tersebut berlaku kira-kira pukul 10.25 pagi pada 20 Januari lalu, ketika adiknya yang merupakan mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor menunggang motosikal secara berseorangan dalam perjalanan pulang ke kampung di Felda Serting Hilir, Jempol.

“Pihak keluarga hanya mengetahui setelah lima jam insiden itu berlaku. Daripada makluman doktor yang merawatnya, melihat kepada kesan di bahagian muka adik saya bukanlah jatuh motosikal sendiri sepertimana maklumat yang kami peroleh

“Disebabkan itu, kami sekeluarga meminta jasa baik daripada saksi atau yang mempunyai dashcam pada hari kejadian agar sama-sama berkongsi maklumat, bagi membolehkan kami ketahui apa sebenarnya yang berlaku,” katanya.



Katanya lagi, adiknya baharu sahaja menjalani pembedahan pada bahagian rahang muka dan kini masih lagi koma di ICU.
Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button