Nina Juren mahu bawa watak pesakit mental

 

Oleh Pena Merah

Nina Juren mahu bawa watak pesakit mental
Nina Juren

Pelakon, Nina Juren (gambar) menolak dakwaan dia memilih watak gara-gara sering melakonkan karakter wanita kaya berstatus Datin dalam kebanyakan drama dibintanginya.

Jelas Nina atau nama sebenarnya Haznina Juren Ha­niff, persepsi itu tidak benar kerana sebelum ini dia pernah membawa pelbagai watak termasuk wanita miskin dan bekas pelacur.



“Saya pernah berlakon sebagai orang miskin tinggal di flat PPR, selain watak ibu tunggal yang me­rupakan bekas pelacur.

“Jadi persepsi saya hanya memilih watak wanita kaya berstatus Datin ada silap.

“Dan saya tak kecewa kalau sering ditawarkan watak yang sama sebab saya faham keputusan penerbit,” jelasnya selepas sidang media drama Perkahwinan Layang-Layang, di ibu negara, baru-baru ini.

Kata pelakon berusia 52 tahun ini lagi, dia tidak berkecil hati jika sekiranya penerbit menolak hasratnya untuk membawa watak yang lebih berat dan mencabar.



“Sebenarnya saya teringin membawa watak pesakit mental berstatus gelandangan. Hasrat ini pernah saya suarakan kepada penerbit namun ditolak.

“Penerbit beralasan rupa saya yang tidak bersesuaian dengan watak sebegitu.

“Saya faham perkara itu. Rupa paras seseorang pelakon penting untuk disesuaikan de­ngan watak yang dilakonkan.

“Jadi saya tidak terasa hati, jauh sekali kecewa atau terkilan kalau tak terima watak yang saya ingin lakonkan,” ujarnya.



-Utusan-


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading