UNSC bincang keputusan ICJ Rabu ini

Oleh – Syeikh Baran


UNSC bincang keputusan ICJ Rabu ini

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNSC) akan bermesyuarat Rabu ini bagi membincangkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menggesa Israel menghalang genosid di Gaza.



Kementerian Hal Ehwal Luar Algeria berkata, ia akan memberikan kesan yang mengikat kepada keputusan ICJ mengenai langkah sementara yang dikenakan ke atas pendudukan Israel.

Malam tadi, ICJ berkata, Israel mesti menghalang tindakan genosid dalam perangnya dengan Hamas dan membenarkan bantuan masuk ke Gaza, tetapi tidak menggesa untuk menamatkan pertempuran.

Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour berkata, keputusan itu memberi mesej yang jelas bahawa untuk melakukan semua perkara yang diminta, gencatan senjata diperlukan.

Sementara itu, Suruhanjaya Eropah (EC) mendesak Israel supaya mematuhi keputusan ICJ yang memberi amaran kepada negara Yahudi itu mengenai perbuatannya melakukan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza.



“EC mengesahkan sokongan berterusan kepada ICJ yang merupakan badan kehakiman utama PBB.

“Perintah ICJ mengikat pihak-pihak dan mereka mesti mematuhinya. EC mengharapkan pelaksanaan penuh, segera dan berkesan terhadap perintah itu,” jelas suruhanjaya itu dalam satu kenyataan dipetik agensi berita dpa.-AFP

Sumber – UTUSAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading