Misteri beras Bansos Bulog berpelekat Prabowo-Gibran

Oleh – Syeikh Baran


Misteri beras Bansos Bulog berpelekat Prabowo-Gibran
Pelekat Prabowo-Gibran itu mengundang kontroversi ketika kempen Pilihan Raya Presiden (Pilpres 2024) dipergiatkan di seluruh negara. Foto Agensi

Gambar memaparkan beras bantuan sosial (Bansos) Badan Pengurusan Logistik (Bulog) berpelekat calon presiden (capres) No. Siri Dua, Prabowo Subianto yang juga Menteri Pertahanan bersama calon wakil presiden (cawapres), Gibran Rakabuming Raka menjadi tular di platform X.

Foto tersebut mencetuskan kontroversi dan mengundang persoalan kepada banyak pihak berikutan beras seberat lima kilogram itu merupakan sebahagian daripada Program Bekalan Makanan dan Penstabilan Harga (SPHP).



Tempo melaporkan Gibran berjanji untuk mencari pihak bertanggungjawab.

“Di mana ia diedarkan? Biar saya selesaikan hal itu. Kami tidak pernah terlibat atau mengarahkan pengagihan beras dalam apa juga bentuk kerana ia dilarang di bawah peruntukan undang-undang pilihan raya,” jelas Wali Kota Solo berkenaan.

Pengerusi Lembaga Pasukan Kempen Nasional (TKN), Prabowo-Gibran juga memaklumkan pasangan calon (paslon) itu tidak terlibat mana-mana program yang mengedarkan Bansos kepada komuniti. – Agensi
 
Sumber – SINAR HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading