‘Perang dinasti’ landa Filipina?

Oleh – Syeikh Baran


'Perang dinasti' landa Filipina?
Marcos Jr (kiri) dan Duterte dikatakan tidak lagi sehaluan. Foto Agensi

Penyokong Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr dan pendahulunya, Rodrigo Duterte berhimpun pada demonstrasi berasingan pada Ahad selepas berlaku perpecahan dalam Pasukan Perpaduan hingga mencetuskan ‘perang dinasti’ dalam kalangan elit pemerintah.

Sebastian yang merupakan anak bongsu Duterte turut lantang menggesa pengunduran Marcos ketika berucap di hadapan penyokongnya di ibu kota.



“Jika anda tidak menunjukkan aspirasi dan sayangkan negara, lebih baik letak jawatan,” katanya yang menuding jari menyalahkan pentadbiran pemimpin itu menyebabkan masalah dadah dan pemberontakan komunis yang semakin meningkat di wilayah Davao.

Hubungan antara kedua-dua keluarga itu semakin meruncing setelah mereka berusaha mengukuhkan pengaruh dan kedudukan masing-masing menjelang Pilihan Raya Pertengahan Penggal pada 2025 dan pemilihan presiden pada 2028 yang bakal disertai Sara Duterte.

Di bawah sengketa terbaharu, Marcos Jr dikatakan menyokong kempen untuk Perlembagaan 1987 diperkenalkan bapanya bagi membolehkan lebih banyak pelaburan asing yang ditentang keras Duterte.
 
“Perlembagaan sedia ada tiada cacat cela. Kenapa perlu peningkan kepala untuk mengubah piagam itu sedangkan kita tahu ia sebenarnya untuk kepentingan anda (Marcos Jr ) yang mahu kekalkan kuasa,” selar Duterte menerusi wawancara baru-baru ini.
 

Pengkritik percaya usaha itu bakal membuka jalan kepada pemimpin itu mempertahankan jawatannya untuk penggal kedua.

Marcos Jr yang memegang tampuk pemerintahan sejak 2022 dilaporkan akan melancarkan kempen Bagong Pilipinas (Filipina baharu) untuk membawa pembaharuan dan pembangunan di negara tersebut. – AFP



Sumber – SINAR HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button