Pengintip Mossad dihukum mati

Pengintip Mossad dihukum mati

Pengintip Mossad dihukum mati
GAMBAR HIASAN

Moscow: Seramai empat individu yang dipercayai bekerja untuk agensi perisik Israel Mossad menjalani hukuman mati di Iran kerana pengintipan dan keganasan, lapor Sputnik.

Keempat-empat tertuduh itu ditahan pada Julai 2022, beberapa hari sebelum cubaan untuk mensabotaj sebuah kilang milik Kementerian Pertahanan Iran, lapor Agensi Berita Iran IRNA pada Isnin.

Menurut laporan itu, mereka disabitkan bersalah menjadi pengintip untuk Israel serta membentuk serta mengetuai kumpulan pengganas untuk menjejaskan keselamatan Iran pada September 2023 dan telah dijatuhi hukuman mati.



Keputusan itu dikekalkan oleh mahkamah rayuan.

Iran tidak mengiktiraf Israel dan menuduh rejim itu terlibat dalam serangan sabotaj.

Pada Disember 2023, Iran turut mengenakan hukuman mati kepada lima individu kerana mempunyai kaitan dengan Mossad, lapor media tempatan.

Pengintip Mossad dihukum mati

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Selamat Datang Ke Kluster Mahkamah Kepada Daim Yang Zuhud




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading