Istiadat ketenteraan sambut ketibaan Sultan Ibrahim di Istana Negara

Oleh – Syeikh Baran


Istiadat ketenteraan sambut ketibaan Sultan Ibrahim di Istana Negara

Istiadat ketenteraan penuh tradisi menyambut keberangkatan tiba Yang di-Pertuan, Agong Sultan Ibrahim sebaik tiba di Dataran Istana Negara hari ini.



Sultan Ibrahim yang tiba di Istana Negara pada 10.40 pagi untuk menghadiri Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sultan Ibrahim kemudian menerima Hormat Diraja daripada pasukan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota yang diketuai Mej Nurul Fauzan Md Sabri di Dataran Istana Negara.

Serentak dengan itu, Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja dengan 40 anggota yang dipimpin Lt Muhamad Fauzee Japar memainkan lagu Negaraku sebelum Yang di-Pertuan Agong yang merupakan Pemerintah Tertinggi ATM berkenan memeriksa KKU berkenaan.

Selesai istiadat di Dataran Istana Negara, Sultan Ibrahim berangkat memasuki Istana Negara bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas) bersempena dengan Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Akuan Sumpah Memegang Jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.



Sultan Ibrahim menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 semalam. – BERNAMA

Sumber – BERITA HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading