Saksi kes anggota polis peras, terima suapan dari pelancong asing dicari

Oleh – Syeikh Baran


Saksi kes anggota polis peras, terima suapan dari pelancong asing dicari

Polis Kedah sedang mengesan saksi bagi membantu siasatan kes anggota disyaki melakukan pemerasan dan menerima suapan daripada pelancong asing di Langkawi seperti rakaman video yang tular.



“Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa peka dan mengambil berat berkaitan sebarang salah laku membabitkan anggota dan pegawai polis serta sentiasa bersikap profesional dalam memastikan ketelusan tindakan dalam menguatkuasakan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rakaman video berdurasi satu minit 44 saat yang tular di aplikasi Tiktok Isnin lalu memaparkan seorang lelaki dan seorang perempuan dipercayai warga asing bermotosikal ditahan penguatkuasa disyaki anggota polis atas kesalahan lalu lintas apabila tidak memakai topi keledar di Pulau Langkawi.

Menerusi rakaman itu terdapat audio perbualan antara warga asing dan penguat kuasa yang mana warga asing terbabit ditawarkan untuk membayar saman sebanyak RM100 tanpa resit di tempat ditahan.

Media semalam melaporkan, polis mengesahkan siasatan menyeluruh dijalankan susulan video tular pelancong warga Australia yang menunggang motosikal didakwa membayar RM100 kepada anggotanya di pulau itu untuk mengelak dikenakan tindakan.



Sumber – BERITA HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading