UMNO Mesti Merakyatkan Perjuangan Keadilan Untuk Bossku
UMNO Mesti Merakyatkan Perjuangan Keadilan Untuk Bossku
Sekiranya kita membuat penilaian secara jujur, semua usaha yang telah dilakukan oleh UMNO mendapatkan keadilan untuk DS Najib gagal mencapai matlamat.
Matlamat utama agar DS Najib mendapat keadilan dalam proses perbicaraan gagal.
Begitu juga matlamat agar DS Najib mendapat pengampunan penuh dari YDP Agong juga sudah gagal.
Sekiranya mengikut proses biasa DS Najib hanya akan bebas pada 22 Ogos 2026.
Ianya selepas ditolak pengurangan hukuman penjara dari pengampunan dan remitan hukuman.
Dan sekiranya beliau mendapat pelepasan parol bersyarat, beliau akan dibebaskan selepas Ogos 2025.
Persoalan yang menarik di sini ialah mengapa gagal?
Sama ada pemimpin UMNO terdahulu atau yang ada sekarang benar-benar ikhlas untuk membebaskan DS Najib, memerlukan perbahasan yang berlainan.
Mengapa UMNO yang dahulunya berjaya membebaskan negara dari penjajahan tetapi gagal untuk membebaskan DS Najib?
Kenapa Gagal
Ada 2 faktor yang menyumbang kepada kegagalan UMNO.
Pertama kerana rakyat tidak diberikan penerangan yang jelas mengenai kezaliman yang telah dilakukan ke atas DS Najib.
Jangan terkejut kalau penulis katakan bukan hanya rakyat tidak tahu.
Malah majoriti pemimpin UMNO sendiri tidak tahu mengenai fakta kes SRC.
Kalau tidak percaya, cuba tanya kepada ahli MKT UMNO tentang fakta kes SRC.
Berapa ramai yang benar-benar faham mengenainya?
Bila rakyat tidak tahu apa yang diperjuangkan, maka mereka rasakan tidak ada keperluan untuk mereka berjuang.
Faktor kedua adalah rakyat melihat perjuangan keadilan untuk DS Najib adalah perjuangan yang bersifat politik.
Orang yang lantang bersuara kesemuanya dilihat sebagai orang politik, terutamanya dari UMNO.
Dalam keadaan rakyat sudah merasa sangat mual dengan kerenah orang politik, sudah pasti mereka akan menjauhkan diri.
UMNO gagal menyedarkan rakyat, DS Najib sebenarnya bukan hanya mantan presiden UMNO, tetapi beliau juga adalah mantan perdana menteri Malaysia.
UMNO mesti merakyatkan perjuangan keadilan untuk DS Najib.
Cari non-partisan influencer yang bersimpati dengan DS Najib.
Rehatkan pemimpin politik dari gerakan baharu ini.
UMNO hanya perlu berikan maklumat yang tepat kepada jurucakap baharu perjuangan ini.
Ingat, UMNO mesti merakyatkan perjuangan keadilan untuk DS Najib.
UMNO Mesti Merakyatkan Perjuangan Keadilan Untuk Bossku
Di Syorkan Untuk Anda:
- Isteri ‘Larikan’ Taib Mahmud Dari Hospital
- Adakah Ramkarpal Singh Sebenarnya Takut Sahut Cabaran Debat Dengan Wakil DS Najib?
- Fakta Paling Asas Mengapa Keadilan Perbicaraan Kes SRC Di Persoalkan