Ryanair mohon maaf tersilap ‘blacklist’ penumpang

Oleh – Syeikh Baran


Ryanair mohon maaf tersilap ‘blacklist’ penumpang
Cahill kerap menaiki pesawat Ryanair untuk tujuan kerja. – Marcos del Mazo/LightRocket via Getty Images

Sebuah syarikat penerbangan di Ireland meminta maaf selepas meletakkan nama seorang lelaki dalam senarai larangan menaiki pesawat, lapor saluran berita Fox News semalam.

Dalam  perbicaraan di sebuah mahkamah tinggi, syarikat Ryanair mengaku tersilap meletakkan Eoin Michael Cahill dalam senarai larangan selepas didakwa menampilkan tingkah laku yang mengganggu penumpang lain.



Apabila mengetahui tuduhan tersebut, Cahill bertindak menyaman syarikat penerbangan itu kerana memfitnahnya.

Cahill bekerja di syarikat kejuruteraan Jones Engineering Group dan kerap melakukan perjalanan dari Ireland ke Denmark untuk tujuan kerja.

Dalam satu penerbangan pada 2 Januari lalu, seorang penumpang tidak dikenali didakwa mengganggu kakitangan sehingga mendorong campur tangan polis.

Ryanair berkata, Cahill tersilap dikenal pasti sebagai penumpang tersebut dan syarikat penerbangan itu meletakkan namanya dalam senarai larangan menaiki pesawat.



Menurut Cahill, Ryanair turut memfitnahnya dengan memberitahu majikannya tentang senarai tersebut. 

Tindakan itu didakwa menjejaskan reputasi profesionalnya.

Selepas memohon maaf, Ryanair menawarkan untuk membayar yuran guaman Cahill sebagai tambahan kepada pampasan berjumlah kira-kira AS$10,700 (RM51,028). Kes itu ditutup pada Selasa lalu. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading