Superman di LPT 1 kena dakwa

Oleh – Syeikh Baran


Superman di LPT 1 kena dakwa
TERTUDUH dibawa keluar selepas didakwa di Mahkamah Majistret Temerloh di Temerloh, Pahang hari ini.

Seorang penganggur dituduh di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menunggang secara melulu dan berbahaya di Lebuh raya Pantai Timur (LPT 1) Ahad lalu.

Tertuduh, Muhammad Nur Aiman Ismadi, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohamed Shah Reza Noor Azman.

Menurut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya kepada pengguna jalan raya lain di pukul 5 petang, 2 Februari lalu di Kilometer (KM) 96.3 hingga KM98 di LPT 1 arah timur.



Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Faizah Khalilah Zaberi, manakala tertuduh diwakili peguam Maziera Sharifuddin.

Mohamed Shah Reza membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah membenarkan sebutan semula kes pada 14 Mac ini.

Sebelum ini aksi dipercayai dilakukan tertuduh tular di media sosial selepas rakaman video memaparkan tertuduh melakukan aksi ‘Superman’ yang menarik lebih seribu tanda suka dan kira-kira 2,000 perkongsian daripada pengguna.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker