Kapal pengangkut hampir tenggelam, 8 kru terselamat

Oleh – Syeikh Baran


Kapal pengangkut hampir tenggelam, 8 kru terselamat
Keadaan kapal pengangkut Bot Azlina yang hampir karam di Kuala Kemena, pagi semalam.

Lapan kru berdepan detik cemas selepas kapal pengangkut yang dinaiki mereka bocor dan hampir karam di perairan sembilan batu nautika dari Barat Laut Kuala Kemena, pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kapten Maritim Mohd Iszuadi Muhamad Hassan, berkata sepasukan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Bintulu bergegas ke lokasi dengan menggunakan Bot Kilat 44 sejurus menerima isyarat kecemasan dari Kapal Pengangkut Bot Azlina pada jam 11.56 pagi.



“Maklumat awal yang diterima mengatakan separuh dari bahagian kapal terbabit sudah tenggelam yang mana terdapat lapan kru semuanya lelaki warga Indonesia berusia antara 31 tahun hingga 48 tahun,” katanya.

Sebagai langkah segera, Maritim Malaysia yang menggunakan Bot Kilat 44 terus melaporkan insiden itu kepada Pusat Operasi (PUSOP) Zon Maritim Bintulu, seterusnya memaklumkan kepada Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kuching.

Menurut kenyataan master kapal terbabit, beliau bertindak menghubungi teksi air (Kuda Laut 1) untuk menyelamatkan mereka.

“Semua kru kapal selamat dikeluarkan pada jam 12.30 tengah hari dengan bantuan teksi air,” katanya.



Mohd Iszuadi berkata, sejurus semua kru kapal berjaya dikeluarkan, kapal terbabit akhirnya tenggelam sepenuhnya.

Sumber – BERITA HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading