MotoGP: Yamaha ‘rembat’ jurutera terbaik Ducati
MotoGP: Yamaha ‘rembat’ jurutera terbaik Ducati
BOLOGNA – Pengurus Besar Ducati, Gigi Dall’Igna mengakui, sangat kecewa apabila kehilangan jurutera terbaiknya selepas orang kanannya itu membuat keputusan untuk menyertai Yamaha.
Jurutera prestasi Ducati, Max Bartolini adalah individu penting bagi Dall’Igna terutamanya membangunkan jentera Desmosedici, tetapi usaha pasukan berpangkalan di Itali itu untuk terus menggunakan khidmatnya gagal menjadi kenyataan.
Bartolini bersetuju bergabung dengan Yamaha ketika gergasi dari Jepun itu dalam usaha merekrut muka-muka baharu bagi memperkuatkan barisan teknikalnya agar mampu kembali memberi tentangan di kelompok hadapan.
“Max (Bartolini) telah bekerja dengan saya selama bertahun-tahun dan merupakan individu penting dalam Ducati Corse.
“Dengan pengalaman dan pengetahuannya tentang jentera motosikal kami, dia pasti memberikan banyak input baharu kepada Yamaha. Saya sangat kecewa melihatnya pergi.
“Max telah mengambil langkah penting ke hadapan dalam kerjayanya, jadi saya memahami keputusannya dan saya tidak boleh berkata apa-apa tentangnya.
“Saya mengakui bahawa ia mustahil baginya untuk menolak tawaran seperti yang diterimanya. Ia adalah sebahagian daripada permainan dan anda harus menerimanya dengan hati terbuka,” Kata Dall’Igna.
Yamaha sangat gembira dengan kehadiran Bartolini yang dilihat mampu mengembalikan pasukan itu ke tahap terbaik dan gambaran awal itu dapat dilihat sewaktu sesi ujian rasmi di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) baru-baru ini.
Pelumba Yamaha, Fabio Quartararo yakin mereka akan kembali dengan jentera yang lebih kompetitif musim ini untuk menyekat Ducati daripada terus melakar kemenangan. – AGENSI
MotoGP: Yamaha ‘rembat’ jurutera terbaik Ducati
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- CEO Dan Pengarah Eksekutif Aman Palestin Di Heret Ke Mahkamah
- Apakah Jasmine Loo Ada Kredibiliti Untuk Menjadi Saksi?
-
Tuan Ibrahim Akui RUU 355 & Hudud Hanya Alat Kempen Bagi PAS
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :