Gavin asah pukulan sebelum Paris 2024

Gavin asah pukulan sebelum Paris 2024

Gavin asah pukulan sebelum Paris 2024
GAVIN mahu menjadikan Terbuka Malaysia sebagai pentas persediaannya sebelum menghadapi Olimpik Paris 2024.

PEMAIN golf negara, Gavin Kyle Green mahu menjadikan Kejohanan Golf Terbuka Malaysia yang membuka tirainya semalam sebagai medan persiapan terbaik sebelum ke Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai nanti.

Gavin berkata, dia hanya mempunyai tempoh lima bulan untuk mengasah pukulannya, sekali gus menganggap Terbuka Malaysia yang berlangsung di The Mines Resort & Golf Club, Seri Kemba­ngan sebagai kejohanan terpenting.

Pemain berusia 30 tahun itu ketika ini berada di kedudukan ke-48 dalam senarai 60 nama yang akan layak ke temasya berprestij berkenaan bermula 26 Julai ­hingga 11 Ogos nanti.

“Dari segi persiapan ke temasya Sukan Olimpik, saya rasa cukup baik dan berada dalam landasan yang betul untuk ke Paris nanti. Saya harap tahap permainan bertambah baik.



“Ketika ini saya hanya mempunyai baki lima bulan untuk melakukan persiapan menuju ke Sukan Olimpik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hanya Berlaku Di Negeri Melayu Isley PAS


“Saya sedang mencuba untuk meningkatkan dan memperkemaskan lagi permainan saya dalam tempoh beberapa bulan bagi memastikan saya benar-­benar bersedia sebelum berlepas ke Paris,” katanya.



Sebagai rekod, Gavin menduduki tangga ke-47 pada ­Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, tetapi merosot ke ­kedudukan ke-57 sewaktu edisi Tokyo 2020.

Mengenai saingan Terbuka Malaysia, Gavin juga berharap dapat menampilkan permainan terbaik dalam misinya memburu slot automatik ke Terbuka ­Britain.

Ia selepas kejohanan itu diberikan status Siri Kelayakan Terbuka Asia oleh badan induk golf dunia, The R&A yang membolehkan tiga peserta terbaik la­yak ke Terbuka Britain edisi ke-152 di Royal Troon berlangsung pada Julai depan.

Gavin asah pukulan sebelum Paris 2024

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Media Mesti Beretika Dalam Menggunakan Hak Kebebasan Media




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading