MotoGP: Yamaha ‘rembat’ jurutera terbaik Ducati

MotoGP: Yamaha ‘rembat’ jurutera terbaik Ducati

MotoGP: Yamaha ‘rembat’ jurutera terbaik Ducati
QUARTARARO teruja dengan kehadiran Bartolini menjelang saingan musim baharu MotoGP 2024. – AFP

BOLOGNA – Pengurus Besar Ducati, Gigi Dall’Igna mengakui, sangat kecewa apabila kehila­ngan jurutera terbaik­nya selepas orang kanannya itu membuat keputusan untuk me­nyertai Yamaha.

Jurutera prestasi Ducati, Max Bartolini adalah individu pen­ting bagi Dall’Igna terutamanya membangunkan jentera Desmosedici, tetapi usaha pasukan berpangkalan di Itali itu ­untuk terus menggunakan khidmatnya gagal menjadi kenyataan.

Bartolini bersetuju bergabung dengan Yamaha ketika gergasi dari Jepun itu dalam usaha merekrut muka-muka baharu bagi memperkuatkan barisan teknikalnya agar mampu kembali memberi tentangan di kelompok ­hadapan.

“Max (Bartolini) telah bekerja dengan saya selama bertahun-tahun dan merupakan individu penting dalam Ducati Corse.

“Dengan pengalaman dan pengetahuannya tentang jentera motosikal kami, dia pasti memberikan banyak input baharu kepada Yamaha. Saya sangat kecewa melihatnya pergi.

“Max telah mengambil langkah penting ke hadapan dalam kerjayanya, jadi saya memahami keputusannya dan saya tidak boleh berkata apa-apa ­tentangnya.

“Saya mengakui bahawa ia mustahil baginya untuk menolak tawaran seperti yang dite­rimanya. Ia adalah sebahagian daripada permainan dan anda harus menerimanya dengan hati terbuka,” Kata Dall’Igna.

Yamaha sangat gembira ­de­ngan kehadiran Bartolini yang dilihat mampu mengembalikan pasukan itu ke tahap terbaik dan gambaran awal itu dapat dilihat sewaktu sesi ujian rasmi di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) baru-baru ini.

Pelumba Yamaha, Fabio Quartararo yakin mereka akan kembali dengan jentera yang lebih kompetitif musim ini untuk ­menyekat Ducati daripada terus melakar kemenangan. – AGENSI

MotoGP: Yamaha ‘rembat’ jurutera terbaik Ducati


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Media Mesti Beretika Dalam Menggunakan Hak Kebebasan Media

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker