Norlia Ghani Dedah Perbezaan Artis Dahulu Dan Zaman Sekarang

“Sendiri Buka ‘Kain’ Sendiri”

Norlia Ghani Dedah Perbezaan Artis Dahulu Dan Zaman Sekarang

Norlia Ghani Dedah Perbezaan Artis Dahulu Dan Zaman Sekarang

Satu video yang di muat naik di Instagram Astro Gempak mengenai  pelakon veteran dan juga selebriti mendapat perhatian netizen.

Perbezaan Selebriti Dahulu Dan Sekarang

Norlia Ghani Dedah Perbezaan Artis Dahulu Dan Zaman Sekarang
via Pinterest

Dalam video tersebut kelihatan pelakon veteran, Norlia Ghani mendedahkan kepada umum mengenai perbezaan cara artis pada waktu dahulu menerima publisiti daripada media berbanding dengan selebriti masa kini.



Saya rasa, ketika zaman surat khabar dan majalah dahulu, peribadi kita lebih terjagalah.

Kalau reporter dulu, walaupun dia tahu kita ni ada gosip, tapi mereka tidaklah meletakkan isu berkenaan secara terang-terang, sebab mereka mahu menulis.

Menurut Norlia, ketika zamannya dimana zaman kegemilangan surat khabar dan majalah, hal-hal peribadi selebriti tidak terlalu digembar gemburkan, lebih-lebih lagi tanpa kewujudan media sosial dan juga internet.

Membuka Aib Sendiri

Norlia Ghani Dedah Perbezaan Artis Dahulu Dan Zaman Sekarang
via Pinterest

Tambah Norlia, ada sesetengah artis zaman sekarang yang mahu cerita ataupun hal peribadinya ditulis oleh media dengan cara membuat sesi ‘live’ di media sosial memberitahu kepada umum.



Tapi sekarang ni, kadang-kadang reporter tak tulis, artis sendiri yang keluarkan. Buat live memberitahu perihal dirinya. Kualiti artis tu…jauh beza.

Munurut Norlia lagi, disebabkan ada segelintir artis yang berbuat demikian, selebriti lain turut menerima kesan yang sama.

Malah Norlia sendiri mengakui bahawa perkara sedemikian sebenarnya tidak boleh disalahkan media semata-mata kerana ada segelintir artis yang membuka aib mereka sendiri.

Pendapat yang diutarakan oleh Norlia tersebut dilihat menerima sokongan oleh netizen. Ramai yang bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Norlia.



Norlia Ghani Dedah Perbezaan Artis Dahulu Dan Zaman Sekarang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Media Mesti Beretika Dalam Menggunakan Hak Kebebasan Media



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading