Pemandu van halang ambulans ada tujuh saman trafik

Oleh – Syeikh Baran


Pemandu van halang ambulans ada tujuh saman trafik
TANGKAP layar pemandu van tidak mengendahkan dan tidak memberi laluan kepada ambulans dalam kejadian di Lebuh Raya Pasir Gudang, Johor Bahru.

Pemandu van yang tidak memberi laluan kepada sebuah ambulans dalam kejadian di Kilometer 14 Lebuh Raya Pasir Gudang, di sini hari ini, mempunyai tujuh saman kesalahan trafik.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya telah mengesan satu rakaman video berdurasi 47 saat di media sosial yang memaparkan pemandu van jenis Toyota Hiace menghalang laluan ambulans.



“Menerusi rakaman tersebut, kejadian yang berlaku pada pukul 10.17 pagi itu menyebabkan pemandu ambulans tersebut terpaksa memotong melalui lorong kiri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd. Sohaimi berkata, Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seri Alam telah mengesan pemandu berusia 38 tahun berkenaan dan telah mengambil tindakan terhadap lelaki tempatan tersebut.

Katanya, lelaki itu telah disaman sebanyak RM300 mengikut Peraturan 9(2) LN 166/59 kerana tidak memberi laluan kepada kenderaan polis/ambulans/bomba/penjara/kastam/Jabatan Pengangkutan Jalan.

Tambahnya, lelaki itu turut disiasat mengikut Seksyen 56(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tiada lesen memandu vokasional (GDL).



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading