Singapura bayar Taylor Swift tidak anjur konsert di negara ASEAN – PM Thailand

Oleh – Syeikh Baran


Singapura bayar Taylor Swift tidak anjur konsert di negara ASEAN – PM Thailand
Eras Tour adalah jelajah konsert keenam Taylor Swift. – Scott Legato / Getty Images

Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin mendakwa bahawa siri konsert jelajah Taylor Swift, Eras Tour akan diadakan secara eksklusif di Singapura dan mengecualikan negara-negara lain di rantau ASEAN. 

Laman berita Business Today melaporkan, perjanjian yang didakwa ditandatangani Singapura dan bintang pop itu menyebabkan peminat di seluruh Thailand dan negara-negara ASEAN lain kecewa.



Keterujaan peminat Swift di rantau ASEAN untuk menghadiri konsert itu pudar susulan pendedahan mengenai perjanjian eksklusif dengan Singapura.

Srettha menyuarakan kekecewaannya sekalipun mengakui populariti penyanyi dari Amerika Syarikat (AS) itu tinggi dalam kalangan peminat di rantau ASEAN.

Bercakap dalam satu acara perniagaan di Bangkok, Srettha mendedahkan bahawa penganjur acara, AEG Presents telah memberitahunya tentang pengaturan itu.

Tambah beliau, Singapura telah mencadangkan pakej kewangan antara AS$2 juta (RM9.56 juta) hingga AS$3 juta (RM14.3 juta) bagi setiap pertunjukan, bergantung kepada tahap eksklusif acara itu.



Jelas Srettha, negaranya sedang berusaha menarik lebih ramai artis ‘A-list’ ke Thailand menjelang akhir tahun dan mengakui cabaran yang berkaitan dengan penganjuran konsert sebesar itu. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading