Meerqeen Sering Menyanyi, Peminat Syak Bakal Keluarkan Lagu? [VIDEO]

“Sedap Juga Suara Dia”

Meerqeen Sering Menyanyi, Peminat Syak Bakal Keluarkan Lagu? [VIDEO]

Meerqeen Sering Menyanyi, Peminat Syak Bakal Keluarkan Lagu? [VIDEO]
Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam atau lebih dikenali sebagai Meerqeen
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon, penyanyi dan model yang berasal dari Malaysia, Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam atau lebih dikenali sebagai Meerqeen, dilahirkan pada 4 Jun 2001 dan berasal dari Ampang.

Meerqeen memulakan kerjayanya, selepas menyertai satu pertandingan Hero Remaja 2019/2020.

Dan Meerqeen lebih dikenali ramai, apabila drama lakonannya bersama Anna jobling iaitu ‘Melur Untuk Firdaus’ mendapat tempat di hati penonton bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia juga.



Meerqeen kini banyak dilamar jenama-jenama besar fesyen antarabangsa dan sering kelihatan di setiap fesyen atau acara jenama tersebut.

Bagi Meerqeen, walaupun kini dia sedang sibuk dengan urusan kerja, namun tetap meluangkan masa dengan keluarga tercinta yang menjadi penguat dan tulang belakangnya.

“Multi Talented Betul Meerqeen Ni”-Netizen

Baru-baru ini tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @heriyanihendra_17 yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 318 ribu, tanda suka sebanyak 15 ribu dan sebanyak 67 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Meerqeen yang berada di suatu acara dan kemudiannya diminta untuk menyanyi serangkap lagu oleh pengacara tersebut iaitu Radin.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Kem Hamzah’ kekal terjamin dengan sokongan dari PAS

@heriyanihendra_17

Sedapnya suara Meerqeen. Next single lagi Meme kesian Menunggu tu duduk sorang2 kat profile Meerqeen 🤩🫶🏼💚 #meerqeen #fyp #foryou 🎥 Credit : IG Aunty Eida (Mama Meme)@Meerqeen @Meerqeen Troopers

♬ original sound – Heriyani Hendra – Heriyani Hendra



Rata-rata peminat teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa Meerqeen sememangnya seorang selebriti yang serba boleh seperti berlakon dan juga menyanyi.

Tambah mereka lagi, sejak kebelakangan ini, Meerqeen sering berkongsi video menyanyi di laman media sosial tiktok miliknya dan mereka mempersoalkan adakah Meerqeen akan mengeluarkan lagu pada masa akan datang?.

Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Apa kata anda?

Meerqeen Sering Menyanyi, Peminat Syak Bakal Keluarkan Lagu? [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker