Remaja maut tercampak dari jejambat ketika kemalangan

Remaja maut tercampak dari jejambat ketika kemalangan

Remaja maut tercampak dari jejambat ketika kemalangan
Remaja lelaki berusia 18 tahun maut tercampak dari ‘jejambat’ selepas kereta dinaiki bersama tiga rakannya terbabit kemalangan di Jalan Skudai semalam. – Foto tular

JOHOR BAHRU: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut tercampak dari ‘jejambat’ selepas kereta dinaiki bersama tiga rakannya terbabit kemalangan di Jalan Skudai di sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang ketika Toyota Vios dipandu rakan mangsa dipercayai mengelak kereta tidak dikenal pasti nombor dan jenisnya yang memasuki laluannya di lorong kanan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, meskipun berjaya mengelak, keadaan hujan renyai dan jalan licin menyebabkan kenderaan terbabit melanggar pembahagi kanan jalan, lalu berpusing dan terbalik beberapa kali sebelum berhenti di bahu kanan jalan.



“Akibat kemalangan itu, mangsa yang duduk di bahagian penumpang belakang sebelah kiri pemandu tercampak dan disahkan maut di lokasi kemalangan.

“Pemandu serta penumpang lain hanya mengalami kecederaan ringan, kecuali seorang disahkan patah kaki kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Samsuri akan lepaskan jawatan Menteri Besar Terengganu?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading