Cukup Cukuplah Memfitnah PAS
Cukup Cukuplah Memfitnah PAS
Kecoh satu Malaysia bila negeri jelapang padi di bawah pentadbiran PAS buat konsert di Malam Nisfu Sya’aban.
Konsert yang dikatakan berlangsung ketika seluruh umat Islam membaca Yassin dan membaca doa Malam Nisfu Sya’aban diadakan di Kota Setar, Kedah.
Netizen yang selama ini menjadi musuh politik PAS dengan segera menyebarkan sedutan konsert tersebut.
Apa yang ramai tidak tahu, konsert tersebut dikatakan selepas mendapat Sijil Halal dari pemimpin PAS.
Penulis tidak pasti, tetapi khabar angin mengatakan, Sijil Halal tersebut mungkin dikeluarkan oleh Majlis Syura PAS selepas dipersetujui oleh Majlis Fatwa PAS.
Jadi, tidak timbul isu sama ada sijil yang dikeluarkan itu asli atau palsu.
Lagi pun menurut netizen yang pro PAS maklumkan, sebelum konsert dimulakan, majlis selawat terlebih dahulu dilakukan.
Ohhh, gitu ceritanya…πππ
Tak Baik Edit Video Untuk Fitnah PAS
Penulis juga dimaklumkan, video klip berdurasi 14 saat yang diviralkan itu sebenarnya palsu.
Ianya didakwa telah diedit oleh orang yang tidak bertanggungjawab yang bertujuan memburukkan PAS.
@acik.mantera
Kalau tak percaya cuba tenguk video kli di atas.
Tak bertanggungjawab sungguh siapa yang edit video konsert halalun toyibban di negeri PAS tu.
Penulis juga tertunggu-tunggu fatwa dari beberapa orang penceramah bebas mengenai status konsert tersebut.
Ye lah, dulu masa konsert Coldplay, Asma’ Harun kata konsert tu menyokong maksiat dan boleh dianggap sebagai mempromosikan LGBTQ.
Penulis tak nafikan banyak keburukan dari kebaikan konsert Coldplay tu.
Tapi dalam beberapa hari, viral pula konsert separuh boegl di Kelantan.
Dengan pantas sepantas kilat, nada Asma’ Harun bertukar.
Dia kata itu tak apa sebab tidak dipromosikan secara meluas.
Oh, begitu fatwanya.
Jadi kalau ikut fatwa Asma’ Harun, maksiat sebesar mana pun, kalau dibuat secara tersembunyi, kira okeylah yer.
Patutlah Kelantan antara negeri tertinggi yang catatkan kes sumbang mahram, ada fatwa rupanya.
Konsert yang terbaru nie kira macam mana pula?
Nak ikut fatwa lama atau ada fatwa baru?
Maklumlah, konsert ada sijil halal dan dimulakan dengan selawat, cer cerita sikit…
Cukup Cukuplah Memfitnah PAS
Di Syorkan Untuk Anda:
- Terdedah Keretakan Hubungan Antara Hadi Dan Muhyiddin
- SPANCO: SPRM Rakam Keterangan Tengku Zafrul, Akan Panggil Muhyiddin
- UMNO Bakal Kehilangan Melaka Dan Johor, Pemimpin UMNO Masih Tidur