Transaksi sektor harta tanah negara catat nilai hampir RM200 bilion
Transaksi sektor harta tanah negara catat nilai hampir RM200 bilion
Kajang: Pasaran harta tanah negara pada tahun lepas merekodkan lebih 399,000 transaksi dengan nilai hampir RM200 bilion, peningkatan 2.5 peratus dan 9.9 peratus daripada segi bilangan dan nilai transaksi berbanding tahun sebelumnya.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, prestasi jualan harta tanah kediaman siap dibina yang tidak terjual menurun kepada 26,000 unit dengan nilai RM17.7 bilion pada 2023 berbanding hampir 28,000 unit bernilai RM18.41 bilion pada tahun sebelumnya.
Katanya, sektor harta tanah negara dijangka meneruskan momentum pemulihan sekalipun berdepan cabaran ekonomi global termasuk suntikan berterusan untuk pembangunan sektor harta tanah negara yang disediakan kerajaan Madani melalui Belanjawan 2024.
“Perkembangan positif pasaran harta yang didorong oleh langkah-langkah Belanjawan 2024 adalah selari dengan tinjauan ekonomi 2024 yang positif dan lebih kukuh berbanding 2023,” katanya dalam ucapan pada Majlis Pelancaran Laporan Pasaran Harta 2023 di sini, semalam.
Menurut Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dalam kenyataan, trend pertumbuhan positif transaksi harta tanah didorong oleh peningkatan transaksi dalam semua subsektor iaitu kediaman (7.1 peratus), komersial (17.5 peratus), perindustrian (13.1 peratus), pertanian (4.6 peratus) serta tanah pembangunan dan lain-lain (13.8 peratus ) berbanding 2022.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Adakah Hadi Anti Monarki?
- Hadi Utus Warkah Kepada Sultan Selangor Tetapi Sudah Terlambat
- Takut berdebat , Rafizi bagi banyak alasan.
Katanya, prestasi yang lebih rancak turut direkodkan bagi pelancaran baharu kediaman iaitu meningkat 4.4 peratus kepada 56,526 unit (2022: 54,118 unit) dengan prestasi jualan yang lebih baik sebanyak 40.4 peratus (2022: 36 peratus).
Manakala bagi Indeks Harga Rumah Malaysia (IHRM) berada pada 216.5 mata (RM467,144 seunit) pada 2023 dengan pertumbuhan tahunan sederhana 3.2 peratus, menurut jabatan itu.
“Semua negeri utama mencatatkan pertumbuhan tahunan yang positif, didahului oleh Johor (6.2 peratus), Pulau Pinang (3.8 peratus), Selangor (2.9 peratus) dan Kuala Lumpur (1.8 peratus),” katanya.
Transaksi sektor harta tanah negara catat nilai hampir RM200 bilion
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hentikan Perjuangan Politik Yang Dangkal
- Ketua Pemuda UMNO Membawa Agenda Perjuangan Siapa Sebenarnya?
- Yang terjadi kepada Bersatu , Kifarah balasan Allah, kata Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :