Remaja maut motosikal bertembung kereta

Oleh – Syeikh Baran


Remaja maut motosikal bertembung kereta
Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam Perodua Viva di Jalan Menglembu Impiana 1, Impiana Adril di Ipoh hari ini.

Seorang remaja lelaki maut setelah motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah Perodua Viva di Jalan Menglembu Impiana 1, Impiana Adril di sini petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada pukul 6.11 petang dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh tiba di lokasi 15 minit kemudian.



“Penunggang motosikal telah disahkan maut di lokasi kejadian oleh pihak hospital, manakala mangsa di dalam kereta iaitu dua orang perempuan dewasa mengalami kecederaan.

“Seorang daripadanya tersepit di tempat duduk penumpang hadapan. Ketua Operasi melaksanakan size-up sebelum mengaplikasikan Konsep SAVER, menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa tersepit,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, seterusnya mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak hospital, manakala remaja yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button