Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis kesan pergerakan hasil analisis ‘dashcam’

Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis kesan pergerakan hasil analisis ‘dashcam’

Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis kesan pergerakan hasil analisis 'dashcam'
Anggota polis memeriksa di kawasan takungan air di anak sungai berhampiran tempat mayat Zayn Rayyan ditemui pada 6 Disember lalu. – Foto BH/ASWADI ALIAS

PETALING JAYA: Polis mengesan pergerakan hasil analisis beberapa rakaman kamera papan pemuka (dashcam) penduduk Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar, berkata pihaknya perlu meneliti lebih lanjut rakaman berkenaan bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak, Zayn Rayyan Abdul Mattin.

“Memang ada pergerakan tetapi kena ‘enhance’ (pertingkat kualiti) video itu sama ada individu atau objek lain.



“(Rakaman itu) sama ada penduduk atau suspek kena tunggu video itu. Setakat ini, kita tidak boleh mendedahkan apa-apa lagi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rombakan Kabinet: 1 Menteri Di Gugurkan, 5 Menteri Baharu Di Lantik


Katanya, pasukan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibantu anggota bomba mengepam keluar air dari kawasan takungan air yang terdapat pada anak sungai berhampiran lokasi mayat kanak-kanak itu ditemui 6 Disember lalu.



Proses menyedut keluar air takungan dibantu anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh.

Tinjauan mendapati operasi meyedut keluar air takungan menggunakan mesin pengepam air dimulakan kira-kira jam 12.20 tengah hari namun dihentikan sementara cuaca hujan lebat.

Pasukan bomba meninggalkan lokasi sekitar jam 2.30 petang.

Ketika ditanya mengenai proses saringan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) beramai-ramai, Hussein berkata, jumlah individu yang disaring masih kekal 228 individu setakat ini.



“Kita masih menunggu keputusan ujian DNA yang dijangka akan diperoleh dalam dua atau tiga hari lagi,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan polis menerima rakaman video kemera papan pemuka daripada pemilik yang meletakkan kenderaan mereka di Apartment Idaman.

Analisis dibuat terhadap video berkenaan bagi mengenal pasti petunjuk terhadap kematian Zayn Rayyan, 6.

Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis kesan pergerakan hasil analisis ‘dashcam’

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Polis Temui Petunjuk Baharu Yang Menjurus Kepada Suspek Pembunuhan Zayn Rayyan

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button