Bayern hambat Union Berlin

Berlin: Bayern Munich kini hanya satu mata di belakang pendahulu Bundesliga, Union Berlin selepas menang 2-0 di Hoffenheim semalam.

Bayern mendahului pada minit ke-17 selepas pemain berusia 19 tahun Jamal Musiala menolak bola masuk sepakan sudut Joshua Kimmich.

Penyerang Bayern, Eric Maxim Choupo-Moting menggandakan jaringan pelawat pada minit ke-38 sekali gus gol keempatnya dalam tiga perlawanan.



Jurulatih Bayern, Julian Nagelsmann yang kembali ke venue pertamanya selaku jurulatih pada usia 28 tahun memuji kematangan pemainnya.

“Saya sangat gembira dengan prestasi mereka. Kami sepatutnya mendapat lima gol dalam tempoh 35 minit pertama,” kata Nagelsmann kepada SID.

“Ia sangat meyakinkan dengan prestasi makin meningkat.”

Dalam perlawanan lain, Eintracht Frankfurt memintas Dortmund di tangga keempat selepas menang 3-1 di Borussia Moenchengladbach.



METRO

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading