Teruja nak beraya sampai pasang lampu ‘lip lap’ dekat kereta

Oleh – Syeikh Baran


Teruja nak beraya sampai pasang lampu ‘lip lap’ dekat kereta
Tangkap layar video tersebut yang tular memaparkan lampu raya dipasang di kereta miliknya.

Baru sahaja memasuki hari keenam Ramadan, ramai yang berkongsi keterujaan untuk menyambut Aidilfitri dengan bermacam-macam cara termasuklah menghiasi kereta menggunakan lampu raya.

Menurut video yang dimuat naik di akaun @kaksuemeow, dia menggunakan lebih 10 set lampu raya dan mengambil masa selama tujuh jam untuk memasangnya di kereta.



Katanya, pemasangan lampu raya itu bermula pukul 5 petang sehingga 12 tengah malam dengan menggunakan bantuan seramai empat orang.

“Nak pasang memang penat sebab nak lilit-lilit kasi cantik. Nak lekatkan tu pun kita kena pastikan supaya cat dekat kereta tak tertanggal dan masa kereta bergerak lampu pun tak tercabut.

“Saya buat ni masa hari raya cina hari tu. Tak larat nak buat masa bulan puasa, tapi untuk raya tahun ni tetap nak ‘all out’, akan dipertimbangkan untuk pasang lampu balik.

“Alhamdulillah setakat ni dah bawa pergi Kuala Lumpur, lalu sebelah polis tak ada lagi kena tahan. Sebab lampu dia tak adalah terang sangat sebenarnya, tqk menyilaukan,” katanya dalam video itu.



Sehingga kini video tersebut mendapat lebih 1.2 juta tontonan, 91,300 tanda suka dan 3,690 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang teruja melihat kesungguhan wanita tersebut selain menganggap ianya satu inspirasi kepada orang ramai di luar sana.

“Serius tak sangka, ingat dia nak pasang lampu raya dekat rumah. Terkejut bila dia pasang dekat kereta,” komen Aishah.

“Terbaik, idea ini boleh diketengahkan. Boleh share ‘tutorial’ (cara) macam mana nak lilit, ingat nak buat juga,” komen Arif pula.



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading