Lelaki maut jatuh dari belon udara panas

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki maut jatuh dari belon udara panas
Polis mengepung lokasi lelaki maut selepas terjatuh dari belon panas di Melbourne, Australia. Foto Agensi

Seorang lelaki menemui ajal selepas jatuh dari belon udara panas pada Isnin ketika sedang melintasi atas bahagian luar bandar Melbourne.

Belon udara itu berlepas dari luar bandar Melbourne di sebelah utara pada awal pagi dan terapung di udara selama sekitar 30 minit sebelum lelaki itu jatuh dari bakul belon udara berkenaan.



Mayatnya ditemui di kawasan perumahan, di mana ia ditutup kepada lalu lintas oleh polis daerah Victoria.

Manakala, belon udara itu mendarat dengan selamat beberapa batu dari mana jasad lelaki itu ditemui.

Polis menyatakan ia akan menyiapkan laporan bagi koroner dan kematian itu tidak dianggap sebagai mencurigakan.

Pada masa sama, pihak berkuasa sedang menghubungi juruterbang, penumpang dan saksi bagi insiden belon udara itu. – Agensi



Sumber – SINAR HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button