2 pengurus kilang ditahan lepas efluen cemari Sungai Tukang Batu
2 pengurus kilang ditahan lepas efluen cemari Sungai Tukang Batu

Johor Bahru: Dua pengurus di sebuah kilang berasaskan oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, di sini, ditahan bagi membantu siasatan berhubung pelepasan efluen perindustrian ke longkang awam dan mencemarkan Sungai Tukang Batu dekat sini.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor, Dr Mohd Famey Yusoff berkata mereka berusia 44 dan 38 tahun itu ditahan di premis berkenaan jam 5 petang tadi, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam.
“Isnin lalu, JAS cawangan Pasir Gudang menerima aduan awam berhubung pencemaran efluen perindustrian berwarna putih ke longkang awam dan seterusnya ke sungai Tukang Batu.
“Keesokan harinya JAS cawangan Pasir Gudang menjalankan siasatan susulan dan mendapati masih terdapat pelepasan efluen perindustrian berwarna putih dan berbuih.
“Hari ini, lebih kurang jam 8 pagi, JAS Cawangan Pasir Gudang menerima aduan pelepasan air warna hitam di lokasi aduan sama,” katanya melalui kenyataan.
Mohd Famey berkata, penahanan dua individu itu dibuat di bawah Seksyen 37C(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Kes disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.
2 pengurus kilang ditahan lepas efluen cemari Sungai Tukang Batu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lesen Pengedar Stoking Yang Ada Kalimah Allah Di Tamatkan Serta Merta
- Selepas Berpuloh Tahun Di Tindas, Perlukah Pendidik PASTI Marah Bila Kerajaan Mahu Membantu?
- Kontroversi stoking, ada ‘tangan ghaib’ sengaja cetus provokasi?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Selepas Berpuloh Tahun Rupanya Pendidik PASTI Hanya Bertaraf Sukarelawan