Polis rampas 16 senjata api tiruan, tahan pemilik

Polis rampas 16 senjata api tiruan, tahan pemilik

Polis rampas 16 senjata api tiruan, tahan pemilik
Sebahagian daripada senjata api tiruan yang dirampas dalam serbuan di lahad Datu hari ini. – Foto ihsan polis

KOTA KINABALU: Polis menahan seorang lelaki dan merampas 16 laras senjata api tiruan dalam serbuan di sebuah rumah di Bandar Sri Perdana, Lahad Datu, hari ini.

Ketua JSJ negeri, Senior Asisten Komisioner, Azmi Abd Rahim berkata, selain tujuh raifal tiruan, polis turut merampas sembilan pistol, lima paket peluru, dua unit tong gas gun, dua unit pengecas, dua unit fast loader, 14 unit kelopak sniper, tujuh unit kelopak pistol dan seunit kelopak sniper.

“Suspek dan rampasan kemudian dibawa ke IPD Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi.

Polis rampas 16 senjata api tiruan, tahan pemilik
Sebahagian daripada senjata api tiruan yang dirampas dalam serbuan di lahad Datu hari ini. – Foto ihsan polis

Azmi berkata, siasatan lanjut mendapati, suspek mengaku senjata tiruan adalah miliknya yang dibeli dalam talian melalui Facebook.

Azmi mengingatkan orang ramai tidak sesekali menjual, menyimpan atau memiliki sebarang jenis senjata api tiruan kerana ia menyalahi undang-undang.

Polis rampas 16 senjata api tiruan, tahan pemilik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Selepas Berpuloh Tahun Rupanya Pendidik PASTI Hanya Bertaraf Sukarelawan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker