Bodyguard Cilik Siti Nurhaliza Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]

“Lucu Afwa Tarik Tangan Tokti”

Bodyguard Cilik Siti Nurhaliza Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]

Bodyguard Cilik Siti Nurhaliza Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]

Penyanyi tersohor negara iaitu Dato Sri’ Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.



“Anak Ajak Mak Balik Sebab Dah Lama Dekat Majlis”-Netizen

Baru-baru ini, tuylar satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @swbanquethall yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 30 ribu, tanda suka sebanyak 966 dan sebanyak 17 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang berada di suatu majlis berbuka puasa dan kelihatan anak lelakinya, Afwa yang berada disamping untuk menemaninya itu. Kelihatan Afwa memimpin tangan Tokti dan berada disamping Tokti sepanjang majlis berlangsung.

 



Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebur. Mereka terhibur melihat gelagat Afwa yang sangat comel itu. Tambah mereka lagi, Afwa seorang anak yang baik kerana mahu menemani ibunya itu.

Apa-apa pun semoga Afwa membesar menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada ibu bapanya. Semoga kita semua dilimpahkan rezeki yang melipah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

Bodyguard Cilik Siti Nurhaliza Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Selepas Berpuloh Tahun Rupanya Pendidik PASTI Hanya Bertaraf Sukarelawan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button