F1: Alonso calon utama ganti Verstappen

F1: Alonso calon utama ganti Verstappen

F1: Alonso calon utama ganti Verstappen
ALONSO dikatakan menjadi pilihan utama Red Bull sekiranya Verstappen mengangkat kaki mencari pasukan baharu musim depan. – AFP

LONDON – Juara dunia Formula Satu (F1) dua kali, Fernando Alonso dipercayai menjadi sasaran No.1 pasukan Red Bull sekiranya pelumba utama, Max Verstappen sah meninggalkan pasukan pada penghujung musim ini.

Pandangan tersebut di­suarakan oleh bekas pelumba F1 dari Jerman, Ralf Schumacher yang melihat Alonso menjadi calon terbaik pihak pengurusan Red Bull sekiranya mahu terus mencabar kejuaraan dunia pada masa akan datang.

“Kita memang tahu Ketua Prinsipal Red Bull, Christian Horner merupakan peminat tegar Alonso dan sudah pasti mencari ruang untuk menjalinkan kerjasama.



“Saya difahamkan peranca­ngan utama ketika ini adalah untuk mencari pilihan alternatif kerana spekulasi mengenai Verstappen bakal berhijrah juga semakin kencang. Justeru, saya tidak terkejut jika Alonso berhijrah menyertai pasukan itu musim depan,” katanya.

Sebagai rekod, kontrak Verstappen dengan Red Bull sepatutnya berakhir pada tahun 2028, tetapi kemungkinan besar boleh ditamatkan lebih awal kerana perselisihan faham dengan isu dalaman melibatkan Horner baru-baru ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan PAS Kelantan Beri Jaminan Masalah Air Selesai 3 Tahun Lagi, Ironiknya Sudah Berdekad Rakyat Menunggu

Selain itu, Red Bull turut mencari pelumba baharu ke­rana kontrak pemandu No.2 pasukan, Sergio Perez bakal berakhir pada musim ini.



Red Bull yang muncul juara dunia kategori pengeluar musim lepas dilaporkan agak terdesak untuk merombak pasukan selepas risau dengan kebangkitan Ferrari yang menggunakan khidmat juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton dan Charles Leclerc. – AGENSI

F1: Alonso calon utama ganti Verstappen


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ralat & Permohonan Maaf




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading