Lupakan Olimpik kalau gagal juarai BAC
Lupakan Olimpik kalau gagal juarai BAC

PENGARAH Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky menegaskan, peluang kini terletak di tangan perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong untuk memburu tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Bagaimanapun, laluannya tidak mudah apabila pemain No.18 dunia itu perlu menjadi juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China pada 9 hingga 14 April depan atau dia boleh melupakan hasrat beraksi di Paris nanti.
“Semuanya terpulang kepada Tze Yong, sama ada dia yakin atau tidak untuk bermain di BAC. Jika tidak, lebih baik lupakan BAC dan fokus kepada Piala Thomas atau kejohanan lain kerana jalan paling selamat untuk layak adalah menjadi juara BAC.
“Justeru, semua terletak di tangannya, sama ada dia benar-benar dahagakan peluang untuk beraksi di Sukan Olimpik,” katanya ketika ditemui selepas tamat sesi latihan di ABM, Bukit Kiara semalam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perbicaraan Kes Rasuah Wan Saiful Bermula
- Sampaikan Peruntukan Untuk Rakyat Pun Hendak PN Politikkan, Mana Sikap Cakna Kepada Rakyat?
Tze Yong tidak memiliki pilihan lain selain muncul juara BAC nanti memandangkan kejohanan rantau Asia itu merupakan pentas terakhir yang menjadi saingan kelayakan ke Sukan Olimpik.
Berdasarkan ranking kelayakan terbaharu Persekutuan Badminton Dunia (BWF), peluang tampak sukar buat Tze Yong untuk melangkah ke Paris apabila menghuni tangga ke-17 ketika ini.
Sementara itu, perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia secara tidak rasmi sudah melayakkan diri ke Olimpik Paris apabila menghuni tangga ke-10 ranking kelayakan yang akan menutup tirainya 28 April depan.
Peraturan BWF membenarkan setiap negara menghantar dua wakil dalam acara perseorangan sekiranya kedua-dua pemain itu berada dalam kelompok 16 teratas dan hanya satu pemain dibenarkan jika berada di luar 16 terbaik.
Lupakan Olimpik kalau gagal juarai BAC
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Akhirnya Tembelang Wan Saiful Pecah
- Tiba Tiba Teringat Teori Subsidi Rafizi Sebelum Jadi Menteri
- Bukan Zahid, tapi Khairy yang dua kali jadi biawak hidup.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :