Penganggur miliki 11 rekod lampau ditahan, polis rampas dadah bernilai lebih RM500,000

Penganggur miliki 11 rekod lampau ditahan, polis rampas dadah bernilai lebih RM500,000

Penganggur miliki 11 rekod lampau ditahan, polis rampas dadah bernilai lebih RM500,000
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad (lima dari kiri) menunjukkan rampasan syabu bernilai RM571, 500 dan pelbagai jenis dadah bernilai RM27,940.00 pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Pulau Pinang, hari ini. – NSTP/MIKAIL ON​​ʈ

GEORGETOWN: Polis menyerbu sebuah rumah sewa di Nibong Tebal yang dijadikan tempat penyimpanan dadah jenis syabu, semalam.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, berkata seorang penganggur lelaki berusia 51 tahun dengan 11 rekod lampau, ditahan di beranda sebelum polis menemukan sejumlah dadah di kediaman terbabit.

Katanya, keseluruhan dadah dirampas dianggar bernilai RM571,500 dan boleh digunakan 87,000 penagih jika dipasarkan.



“Dadah itu ditemukan dalam 17 bungkusan teh dan ujian saringan air kencing mendapati suspek positif methampetamine.

“Suspek mempunyai 10 rekod berkaitan dadah dan satu jenayah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan PAS Kelantan Beri Jaminan Masalah Air Selesai 3 Tahun Lagi, Ironiknya Sudah Berdekad Rakyat Menunggu




“Kali terakhir suspek ditahan ialah pada 2018 dan kita percaya dia bertindak sebagai pengedar dan mungkin bekerja dengan sindiket lebih besar,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Menurut Mohamed Usuf berkata, suspek disyaki aktif sejak Oktober tahun lalu bagi pasaran tempatan dan polis giat mengesan pemilik rumah bagi membantu siasatan.

“Tindakan diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988, yang mana polis turut menyita sebuah kenderaan dan wang tunai RM19,200,” katanya.

Mohamed Usuf berkata, pada jam 11 malam hari sama, pihaknya menahan dua lelaki dan wanita warga tempatan berusia antara 20 hingga 30 tahun dalam serbuan di Tanjong Tokong di sini, kerana disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah.



Katanya, mereka bekerja di sebuah restoran yang mana dua suspek lelaki bekerja sebagai pembantu dapur manakala wanita berkenaan menjadi pelayan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tiba tiba Rafidah muncul bidas KP UMNO.


Dalam serbuan itu, katanya, sejumlah dadah MDMA, ekstasi dan syabu bernilai RM27,940 dirampas.



“Semua suspek tidak mempunyai rekod lampau tetapi seorang daripadanya didapati positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine, benzo dan ketamin,” katanya.

Mohamed Usuf berkata, nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan kedua-dua kes itu berjumlah RM683,640 dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Semua suspek direman tujuh hari sehingga 1 April,” katanya.

Penganggur miliki 11 rekod lampau ditahan, polis rampas dadah bernilai lebih RM500,000

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Akhirnya UMNO Masuk Ke Dalam Jerat Yang Di Pasang

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button