KJ perasan popular

Sudah sampai masanya KJ tubuh parti baru.

Oleh Nurul Aisyah

MEMANG memalukan apabila Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu (Peja), menasihatkan Khairy Jamaluddin (KJ) agar jangan terlalu lama mempertimbangkan tawaran jawatan daripada presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.

Ini secara tidak langsung memberitahu KJ bahawa beliau tidaklah sepopular yang disangka. Tambahan pula, Bersatu hanya menawarkan jawatan Ahli Majlis Tertinggi yang dilihat sekadar menjaga air muka beliau sahaja.



Makin menghiris hati apabila Peja berkata, KJ seorang pemimpin yang masih boleh berperanan, malah ramai akan bersamanya jika beliau menubuhkan parti baharu.

Kenyataan Peja itu seolah-olah tidak mengalu-alukan kehadiran KJ dalam Bersatu.

“Nasihat saya kepada Khairi: Masa tak menunggu kita,” kata Peja

Sebelum ini KJ berkata beliau perlukan masa mempertimbangkan tawaran menjadi ahli majlis pimpinan tertinggi Bersatu, kerana tidak mahu membuat keputusan berkait kepulangan ke arena politik semata-mata kerana PRN tidak lama lagi.



Beliau berterima kasih kepada Muhyiddin atas tawaran itu tetapi beliau tidak mahu sebarang keputusan dibuat berdasarkan emosi atau membalas dendam.

Muhyiddin secara terbuka menawarkan jawatan dalam MPT Bersatu kepada Khairy minggu lalu, kerana percaya beliau mampu menyumbang kepada parti.

Umno memecat keahlian bekas Ahli Parlimen Rembau itu pada Januari, kerana didakwa bertindak bertentangan dengan kepentingan parti.

Sepanjang berada dalam UMNO, KJ tidak pernah membawa wadah parti. Beliau sentiasa bertentangan pendapat dengan Presiden. Mungkin sudah sampai masanya KJ tubuhkan parti baru.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading