Suami dayus panggil isteri OKU, ‘sampah’

Oleh – Syeikh Baran


Suami dayus panggil isteri OKU, 'sampah'
Gambar Hiasan

Mahkamah perceraian di China, baru-baru ini, memerintahkan seorang lelaki yang memanggil isterinya orang kurang upaya (OKU) sebagai ‘sampah’, untuk membayar pampasan AS$4,200 (kira-kira RM19,900) kepada wanita itu.

Zhao, dari wilayah Sichuan di barat daya China menarik perhatian meluas di media sosial yang disifatkan oleh mahkamah sebagai pendera rumah tangga kerana dia sering menghina isterinya, Qian.



Selepas Qian menjadi OKU akibat kemalangan jalan raya pada 2015, suaminya mula melayannya secara berbeza.

Pasangan itu yang berkahwin pada 2007 dan dikurniakan dua anak lelaki, menjalani kehidupan keluarga yang bahagia dan aman sebelum Qian parah dalam kemalangan kereta.

Qian bernasib baik kerana terselamat dalam kemalangan itu, tetapi dia hampir kehilangan nyawa dan keupayaan untuk bekerja.

Sejak itu, Zhao mula tidak menghormati isterinya, mengabaikannya dan menganiayanya secara lisan.



Apabila Zhao memfailkan perceraian, Qian bersetuju dan membuat tuntutan ganti rugi.

Semasa perbicaraan, mahkamah mengetahui bahawa Zhao tidak menunjukkan kasih sayang atau ambil berat terhadap Qian.

Apabila isterinya memerlukan lebih banyak sokongan, dia sentiasa memalukan dan menindas isterinya.

Mahkamah percaya Zhao melakukan kemudaratan ke atas Qian.



Mahkamah juga memutuskan bahawa tingkah laku memperkecilkan Zhao adalah penderaan psikologi dan serangan lisannya menyamai keganasan rumah tangga.

Oleh itu, mahkamah memutuskan Zhao perlu membayar pampasan sebanyak AS$4,200 (kira-kira RM19,900) kepada Qian dan hanya diberikan 40 peratus daripada nilai harta milik bersama.

Sumber – HARIAN METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading