Achey Minta Hidayah Dan Ali Puteh Berdamai Segera
”Tolonglah Stop”
Achey Minta Hidayah Dan Ali Puteh Berdamai Segera
Pelawak, Achey dan Fad sentiasa berharap agar kemelut antara Ali Puteh dan balu arwah Abam, Hidayah dapat diselesaikan secepat mungkin.
Menurut laporan Gempak, Achey dan Fad juga hanya berdoa dari jauh dan mengambil keputusan untuk masuk campur dalam urusan mereka berdua. Kedua-dua pelawak itu juga akan ziarah dan bantu apa yang patut selepas perkara itu selesai.
Nanti akan timbul isu salah faham, akan ada yang rasa saya berpihak belah sini, yang sini rasa saya berpihak belah sana. Jadi kami dan Fad bukan berdiam diri tapi hanya berdoa dari jauh.
Saya dan Fad ini dikira orang luar, hal yang berlaku itu hal keluarga. Siapa kami untuk mencampuri urusan mereka.
Kalau selesai saja, Insya-Allah macam-macam kami sediakan, kalau pihak sana bersetuju untuk kita hadir, supaya anak kawan kita terima sedikit hasil ke arah dia.
Sebelum ini Achey dan Fad dipercayai telah cuba untuk menyelesaikan kemelut antara Hidayah dan Ali Puteh tapi gagal. Itu antara sebab mereka tidak lagi nak masuk campur.
Bila ada pertanyaan kenapa kami tak bantu balu dan anak arwah (abam), kami maklumkan itu hal keluarga. Kita tak boleh masuk campur, jauh sekali. Kami cuma adik beradik dalam industri.
Achey sebagai rakan baik kepada arwah Abam berharap agar kedua-dua mereka berdamai dan memikirkan kesejahteraan arwah.
Kami tak layak masuk dalam, kita penat apatah lagi arwah yang dah pergi. Kalau kedua-duanya memikirkan arwah, tolonglah stop.
Betul apa yang Achey kata itu. Cepat-cepatlah habis isu ini dan berdamailah.
Kredit: Gempak
Achey Minta Hidayah Dan Ali Puteh Berdamai Segera
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perbezaan Sistem SKIN Era Najib Dengan NIISE Muhyiddin, Siapa Penyamun Sebenar?
- Berhenti Menjadikan Isu Royalti Minyak Sebagai Polemik Politik
- Isu Kadar Pertukaran Ringgit Yang Salah: Google Malaysia Lakukan Serangan Atau Kesilapan, Siapa Di Belakang Insiden Tersebut?
- Portal Berita sengaja timbulkan kekeruhan UMNO-MCA?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :