Polis tahan lelaki, rampas 2,000 pil Yaba

Polis tahan lelaki, rampas 2,000 pil Yaba

Polis tahan lelaki, rampas 2,000 pil Yaba
Seorang lelaki ditahan di sebuah kedai makan di Kampung Bayam, Lundang, di sini, selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah. – Foto ihsan PDRM

KOTA BHARU: Seorang lelaki ditahan di sebuah kedai makan di Kampung Bayam, Lundang, di sini, selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata dalam kes kira-kira jam 11.40 malam kelmarin, pemeriksaan polis kemudian menemui 2,000 pil Yaba bersama suspek berusia 30 tahun itu.

Katanya, suspek ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu ketika sedang keluar dari sebuah kedai makan.



“Semasa ditahan, suspek sedang memegang satu objek dipercayai dadah dan kemudian meletakkannya di tepi dinding kedai makan itu. Ketika polis menghampiri, suspek cuba melarikan diri.

“Dia bagaimanapun berjaya ditangkap dan pemeriksaan dan pemeriksaan lanjut di tempat suspek meletakkan objek di tepi dinding kedai makan berkenaan, menemukan satu beg plastik hitam. Dalam beg itu, ada bungkusan berisi 10 paket plastik berisi pil yaba.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Khairuddin Dedahkan Penipuan Hadi Awang Terhadap PAS



“Setiap paket terdapat 200 biji pil dengan jumlah keseluruhan pil dirampas sebanyak 2,000 biji, anggaran berat keseluruhan 200 gram. Polis turut menyita sebuah Produa Viva dan kes disiasat mengikut Seksyen Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan harta)1988,” katanya, hari ini.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas suspek didapati negatif dan lelaki berkenaan juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya menambah siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti penglibatan lelaki itu dengan rakan jenayahnya yang lain.

Polis tahan lelaki, rampas 2,000 pil Yaba


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hancur ranap imej PAS kerana banyak kes rasuah




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading